Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perlu dibicara

10:23am 01/01/2016 Pak Roshan 5 views Global
DIN tiga dari kanan sebelum menyerah diri kelmarin.

DIN tiga dari kanan sebelum menyerah diri kelmarin.

Jakarta: Ketua Polis Indonesia semalam mempersoalkan tindakan ketua perisikan yang berjanji mendapatkan pengampunan untuk seorang militan yang menyerahkan diri kepada pihak berkuasa baru-baru ini.

Ketua Agensi Perisikan Indonesia (BIN), Sutiyoso, secara peribadi berunding untuk memujuk Nurdin bin Ismail atau Din Minimi yang dikehendaki kerana menyerang anggota keselamatan dan orang awam di Aceh sepanjang beberapa tahun lalu.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, Sutiyoso menjanjikan Din kekebalan daripada didakwa.

Bagaimanapun, Ketua Polis, Jeneral Badrodin Haiti mempersoalkan kuasa Sutiyoso membuat tawaran itu.

“Dari perspektif polis, walaupun Din menyerah diri, dia perlu berdepan proses undang-undang,” kata Badrodin di ibu pejabat polis kebangsaan di Jakarta.

“Apa hak ketua BIN memberi pengampunan kepadanya? Undang-Undang mana yang dipakainya? Satu-satunya orang yang boleh memberikan pengampunan ialah presiden. Itu pun selepas dia dibicarakan,” katanya.

Menurut Badrodin, dia tidak membantah langkah menawarkan hukuman ringan kepada Din sebagai balasan kepada kerjasamanya, tetapi dia perlu menjalani hukuman terhadap jenayah yang sudah dilakukannya.

Din dikehendaki kerana 14 kes berbeza, dari membunuh hingga merompak.

Dia dan beberapa pengikutnya yang menganggotai kumpulan serpihan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dituduh menyerang anggota polis, tentera dan orang awam kerana tidak berpuas hati selepas diketepikan.

Sutiyoso memujuk Din menyerah diri Isnin lalu selepas menghubunginya menerusi anggota keluarga dan rakan, serta melawat militan berkenaan di rumahnya di Aceh Timur.

Din dan 30 pengikutnya bersetuju menyerah diri.

Sutiyoso juga berkata, dia menawarkan pengampunan untuk Din sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan.

“Saya menjanjikan pengampunan untuknya selepas berunding dengan menteri kehakiman dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (KOMNAS),” kata Sutiyoso.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan