Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perlaksanaan undang-undang dan peraturan di kampung dialu- alukan- Jainab

5:17pm 17/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 36 views Tempatan
IMG-20160417-WA0056

Kenangan… Jainab (empat dari kanan) bersama Haji Mumin (kiri) dan penduduk setempat Kampung Cenderamata Dua Likas, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Perlaksanaan undang-undang dan peraturan di setiap
kampung menerusi kerjasama antara Ketua Kampung, Pengerusi Jawatan
Kesealamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) sangat dialu- alukan, kata Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid.

Jainab yang merupakan Menteri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal
Ehwal Pengguna Sabah berkata undang- undang kampung tersebut sangat
penting dalam menjaga keselamatan rumah di dalam kampung untuk
mengelakkan berlakunya musibah seperti kebakaran,pendatang asing dan
masalah sosial daripada terus berlaku.

“Kita mahu melihat kampung itu,selamat dan risiko kebakaran dapat
dikurangkan untuk masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik,”
katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kampung
Cenderamata Dua, Likas di perkarangan Rumah Pengerusi Bomba Sukarela,
Haji Mulkaseh Haji Renda, hari ini.

Di samping itu, Jainab juga turut mengingatkan KetuaKampung,Pengerusi JKKK dan PBT agar menginsuran rumah secara berkelompok untuk risiko kebakaran.

“Insuran ini sangat berguna sebagai persediaan sekiranya berlaku
perkara yang tidak diingini dapat membantu orang perseorangan dan
keluarga,” kata Jainab.

Hadir sama, Ketua Kampung Cenderamata Dua Likas, Haji Mumin Haji Rasam dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan