Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkukuh BN Demi Masa Depan Negara – Mohamad

bn

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Jumaat menggesa parti komponen BN negeri itu terus berusaha memperkukuh pakatan mereka demi masa depan negara.

Ini, katanya, kerana sudah terbukti hanya BN mampu menjamin masa depan rakyat dan negara ini.

“Kita sudah biasa dan sudah lama sejak merdeka menjadi pentadbir. Kita faham dan bertolak ansur antara satu sama lain, tetapi parti pembangkang hanya mahu berkuasa. Jadi, jangan kita pening kepala, mari kita kukuhkan BN demi masa depan kita,” kata Mohamad ketika merasmikan Konvensyen PPP Negeri Sembilan 2014 di Seremban.

Hadir sama Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi PPP Negeri Sembilan, T. Raju.

Sehubungan itu Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan meminta agar amalan hormat-menghormati antara satu sama lain yang telah lama terjalin dalam BN diteruskan.

Beliau meminta semua anggota PPP memperkukuh perpaduan dalam parti itu.

“Kita mesti pastikan perpaduan dalam parti kukuh dan jika perpaduan dalam parti ini kuat maka secara automatik parti kita akan jadi kuat. Kita juga mesti ketepikan apa sahaja kepentingan peribadi kerana yang penting ialah parti kita kuat kerana matlamat kita ialah menang dalam pilihan raya,” kata Mohamad.

Perkara sama juga dibangkitkan Kayveas dalam ucapannya.

“Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan yang penting adalah muafakat,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan