Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkosa bekas teman lelaki

SAMANTHA ketika bersama bekas teman lelakinya. Gambar kecil, Samantha. – Foto Facebook & Graet Falls PD

 

Montana: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun memecah masuk rumah bekas teman lelakinya di Montana, Amerika Syarikat, sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks selepas mengancam lelaki itu dengan parang.

Samantha Mears, 19, menghadapi tuduhan memecah masuk, menyerang menggunakan senjata, dan menahan secara salah dalam kejadian di Great Falls, Jumaat lalu.

Menurut laporan DailyMail, berdasarkan kertas pertuduhan, Samantha memasuki rumah bekas teman lelakinya itu dan menunggu mangsa pulang.

Menurut laporan KFPP, sebaik lelaki itu memasuki rumah, dia menyerbu dari belakang dengan bersenjatakan parang, mengarahkan mangsa membuka pakaian dan naik ke katil.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa dia terpaksa mengikut arahan wanita itu kerana bimbangkan keselamatannya.

Samantha kemudian membuka pakaian dan melakukan hubungan seks dengan mangsa sambil memegang parang.

Menurut laporan Great Falls Tribune, wanita itu dan mangsa bertengkar menyebabkan Samantha berang lalu menetak dinding serta kencing di atas tilam.

Mangsa berjaya menghubungi talian kecemasan 911 selepas memberi alasan mahu keluar untuk menelefon rakan.

Apabila polis tiba, Samantha mendakwa diculik bekas teman lelaki yang memberinya parang bagi melindungi dirinya.

Anggota polis terbabit mengesyaki wanita itu mengalami gangguan mental dan kelihatan keliru. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan