Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkongsian maklumat dan perbincangan untuk melestarikan alam sekitar

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ismail Ali menyampaikan ucapannya- foto UMS
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ismail Ali menyampaikan ucapannya- foto UMS

KOTA KINABALU- Persidangan Serantau Kemapanan Kampus 2015 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan platform untuk membawa kepada perkongsian maklumat dan perbincangan berkaitan kemapanan alam sekitar.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ismail Ali berkata, kerjasama di antara rakan universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Negeri Palawan dan Universiti Adamson merupakan peluang yang baik untuk bertukar pendapat mengenai isu alam sekitar.

“Pada masa ini , UMS berkongsi kepakaran, hasil penyelidikan dan inovasi ke arena global melalui pemikiran tentang kemapanan alam sekitar,” katanya

Beliau berkata demikian ketika mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, dalam majlis Persidangan Serantau Kemapanan Kampus Kedua 2015, di sini kelmarin.

Menurut beliau, perkongsian iu turut disertai oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan Negara Bersatu (SDSN), Rangkaian Kampus Kemampanan Antarabangsa (ISCN), Persatuan Alam Sekitar untuk universiti dan kolej (EAUC) dan South East ASEAN Sustainability Network (SEASN).

Katanya, UMS berusaha membuat perbezaan yang signifikan terhadap usaha melestarikan dengan membina UMS sebagai EcoCampus.

“UMS bertindak sebagai ketua pemuliharaan dan melindungi persekitaran di samping menyediakan sebahagian daripada penyelesaian di peringkat tempatan dan global untuk mencapai kemampanan melalui pengajaran dan penyelidikan di universiti, pengurusan, operasi serta amalan,” ujarnya.-oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan