Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkongsian Kuasa Pelbagai Kaum BN Jamin Kestabilan

TENOM – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Radin Malleh berkata perkongsian kuasa pelbagai kaum dalam Barisan Nasional (BN) telah mewujudkan kestabilan dan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata keadaan itu telah membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program sosioekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Kita juga dapat melihat usaha-usaha kerajaan melaksanakan penambahbaikan berkaitan dasar dan program pembangunan bagi kemajuan negara dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini khususnya di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, sokongan dan undi pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini sangat penting bagi memastikan kesinambungan pembangunan dapat direalisasikan, katanya.

Radin yang juga naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra 2018 anjuran Gabungan Persatuan Cina Tenom di sini, hari ini.

Beliau berkata rakyat perlu bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai hasutan pihak-pihak tertentu khususnya pembangkang terhadap BN.

“Waktu pilihan raya mereka (pemimpin pembangkang) muncul dengan janji manis, tetapi selepas itu mereka akan menghilangkan diri,” katanya.

Katanya kemajuan yang dicapai negara ini khususnya di Sabah dan Tenom adalah hasil kerjasama, sokongan serta perkongsian segenap lapisan rakyat berbilang kaum.

Dalam pada itu, Radin berkata kerajaan BN sentiasa peka dengan keperluan masyarakat Cina di negeri ini dan menyediakan peruntukan bagi keperluan dan mewujudkan persekitaran kondusif untuk perkembangan sosio ekonomi mereka. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan