Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkongsian kuasa dilaksana bangunkan negeri

Lucas (dua kiri) menyampaikan cek dividen kepada Musa  (tiga kanan) dalam majlis berbuka puasa anjuran bersama Safoda dan Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Lucas (dua kiri) menyampaikan cek dividen kepada Musa (tengah) dalam majlis berbuka puasa anjuran bersama Safoda dan Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Perkongsian kuasa yang diamalkan oleh kerajaan pemerintah masa kini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk dan ia dilakukan demi memastikan nasib rakyat terus dibela.

Menyatakan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menjelaskan bahawa, kerjasama dalam melaksana pembangunan terutama dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) merupakan perkara penting yang menjadi keutamaan.

“Dalam kita sedang membangunkan negeri ini, amalan perkongsian kuasa amat penting. Dengan ini, sudah pasti kita mampu merealisasikan usaha memajukan negeri ini kerana masing-masing yang dapat dikongsi bersama,” katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa anjuran Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah) Safoda) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Safoda, Senator Datuk Dr. Lucas Umbul dan Timbalannya merangkap Ketua Puteri UMNO negeri, Normala Rasik.

Sempena majlis itu, Musa bagi pihak kerajaan negeri turut menerima cek dividen berjumlah RM2 juta daripada Lucas mewakili Safoda serta menyampaikan sumbangan bantuan kepada 51 anak yatim dari UMNO Zon Dua iaitu Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang dan Putatan.

Dalam pada itu, Musa berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) mengadakan program berbuka puasa dan meraikan golongan kurang berkemampuan seperti anak yatim.

Menurut beliau, ia mencerminkan nilai kebaikan dan positif atapahlagi penganjuran itu turut dikongsi bersama oleh orang bukan Islam. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan