Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkongsian kuasa dalam BN perlu ditambahbaik

Radin Malleh (tengah) menerima 32 borang ahli baharu PBS cawangan Batu Tiningkang Tenom daripada Shuib Hashim di majlis berkenaan. - foto Kalawon Sawing
Radin Malleh (tengah) menerima 32 borang ahli baharu PBS cawangan Batu Tiningkang Tenom daripada Shuib Hashim di majlis berkenaan. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Amalan perkongsian kuasa dalam kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah telah menyumbang kepada kestabilan, kemajuan serta perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, prinsip dan amalan perkongsian kuasa ketika ini perlu diperkukuhkan lagi dan pucuk pimpinan BN perlu melaksanakan penambahbaikan demi memantapkan kekuatan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya yakin semua pandangan dan pendirian PBS terhadap isu-isu berkaitan perkongsian kuasa itu akan pertimbangan oleh pucuk pimpinan BN negeri dan pendirian PBS itu tidak akan menjejaskan perpaduan dan kerjasama sedia ada di PBS dengan parti-parti komponen BN berkenaan,” katanya dalam pemimpin bersama rakyat serta meraikan kemasukan 32 ahli baharu PBS, di Kampung Batu Tiningkang Tenom, di sini semalam.

Radin yang juga Naib Presiden PBS berkata, keupayaan PBS menangani pelbagai cabaran politik sejak penubuhan parti itu 30 tahun lalu membuktikan program pengukuhan parti yang dilaksanakan oleh kepimpinan parti itu berada dilandasan yang betul.

“PBS sentiasa mengalu-alukan rakyat berbilang kaum untuk menyertai parti itu kerana politik kesederhananaan yang diperjuangkan oleh PBS juga secocok dengan jiwa dan aspirasi rakyat berbilang kaum di Sabah yang sememangnya terkenal dengan sikap keterbukaan di antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau juga menggesa semua ahli parti untuk bekerjasama bagi menjayakan program pengukuhan parti khususnya program merekrut ahli-ahli baharu dalam kalangan belia serta program mengaktifkan semula cawangan-cawangan PBS di semua bahagian parti itu di negeri ini.

Sehubungan itu, semua ahli parti harus bekerjasama untuk menguatkan parti dan menambah keahlian parti itu demi kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, tambahnya lagi.

“Kekuatan cawangan-cawangan parti akan menyumbang kepada kekuatan parti di peringkat bahagian. Bahagian parti yang kuat penting bagi mengekalkan penguasaan parti itu terutamanya di kawasan-kawasan pilihan raya yang diwakili oleh parti itu” jelasnya.

Sehubungan dengan itu katanya, semua ahli parti harus bekerjasama untuk menguatkan parti dan giat menambah keahlian parti itu bagi menjamin kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum akan datang. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan