Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perkhidmatan perubatan terbaik di Gleneagles

5:42pm 03/11/2015 Ann Vivien 31 views Isu Semasa,Tempatan

hospital

KOTA KINABALU: Hospital Gleneagles KK menawarkan perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada semua pesakit tidak kira tempatan atau luar negara.

Selain itu, ia juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi dalam negara terutamanya negeri ini dari segi pekerjaaan mahupun perubatan.

Menurut Pengarah Urusan dan ketua Pegawai eksekutif IHH Healthcare, Dr Tan See Leng,  20 peratus doktor dan jururawat tempatan yang bekerja di luar negeri telah kembali dan berkhidmat di negeri sendiri.

Manakala,  Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles KK, Jean Francois Naa berkata banyak usaha yang telah dicurahkan untuk menjadikan hospital ini sebagai pusat rujukan utama pesakit tempatan dan luar negara agar mereka sentiasa mendapat perkhidmatan perubatan yang terbaik.

Diantara perkhidmatan baharu yang disediakan oleh pihak hospital ialah pusat dialisis yang  mula beroperasi dua bulan yang lalu dan pusat urologi akan dibuka untuk membolehkan pesakit mendapay rawatan secara menyeluruh di hospital tersebut.

Bagi pesakit yang kurang berkemampuan, hospital ini juga menyediakan bantuan perubatan percuma kepada mereka.

Gleneagles telah menerima  seramai 4,000 pesakit  termasuk 550  pesakit dari luar negara sejak ia mula beroperasi lima bulan yang lalu. Selain itu,  hospital ini juga telah memberikan bantuan perubatan kepada 20 orang mangsa gempa bumi di Ranau pada Jun yang lalu.

Dua ratus katil  akan ditambah menjelang tahun 2017 untuk menampung jumlah  pesakit yang memerlukan perkhidmatan hospital tersebut. -Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan