Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perkhidmatan Ketua Biro Penerangan Dan Bendahari UMNO Kalabakan Ditamatkan – Abdul Ghapur

3:20pm 20/11/2015 Pak Roshan 1782 views Mutakhir,Politik
Abdul Ghapur Salleh. - foto Masani Sandan

Abdul Ghapur Salleh. – foto Masani Sandan

TAWAU : Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini mengumumkan pemberhentian perkhidmatan Ketua Biro Penerangan UMNO Kalabakan Datuk Samsul Alang Hamsah dan Bendahari UMNO Kalabakan, Theresa John.

Abdul Ghapur yang juga ketua UMNO bahagian berkenaan berkata pihaknya telah membuat keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan kedua-duanya kerana mereka didapati sibuk dengan komitmen atau aktiviti lain dan tidak mematuhi standard yang ditetapkan.

“Kita terpaksa memberhentikan perkhidmatan Samsul, kerana beliau terlalu sibuk menguruskan hal lain termasuk menguruskan perniagaannya. Oleh itu beliau tidak dapat memberi komitmen kepada UMNO Kalabakan.

“Manakala Theresa pula ditamatkan perkhidmatan sebagai Bendahari UMNO Kalabakan kerana gagal mematuhi standard yang diharapkan oleh UMNO Kalabakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Abdul Ghapur berkata pihaknya sangat memerlukan sokongan dan komitmen serta kerja keras semua pihak demi meneruskan perjuangan dan kemantapan UMNO Kalabakan.

“Atas alasan itu, saya berpendapat bahawa Biro Penerangan UMNO di peringkat bahagian dan akar umbi perlu bekerja keras untuk memberi penerangan serta menyebarkan maklumat sahih demi menangkis semua tohmahan tidak berasas dari pihak luar atau musuh dalam selimut,” katanya.

Beliau berkata, kekosongan bagi kedua-dua jawatan itu akan diisi kelak apabila sudah ada calon yang difikirkan benar-benar layak dan dikenal pasti.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan