Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkhidmatan kaunter bergerak akan diperluas: SESB

Mahathir Nor Ismail (berdiri kiri) ketika meninjau kaunter perkhidmatan SESB yang menjadi tumpuan pengguna pada program itu. - foto Masani Sandan
Mahathir Nor Ismail (berdiri kiri) ketika meninjau kaunter perkhidmatan SESB yang menjadi tumpuan pengguna pada program itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) akan memperluas perkhidmatan kaunter bergerak terutama di kawasan luar bandar yang akan dikenalpasti bagi memudahkan pengguna menyelesaikan bayaran bil elektrik mereka.

Pengurus Besar (Pembahagian) SESB, Ir. Mahathir Nor Ismail berkata, setakat ini hanya terdapat dua kawasan yang mempunyai perkhidmatan kaunter bergerak iaitu di Kalabakan dan Pulau Sebatik yang telah beroperasi pada 2011.

“Kaunter bergerak berkenaan merupakan platform terbaik bagi membantu pengguna menyelesaikan bil elektrik. SESB mampu meraih kutipan bayaran sehingga RM8,000 pada satu-satu masa menerusi program seperti ini. Kita mengadakan kaunter bergerak di Kalabakan dan Pulau Sebatik masing-masing pada setiap 13 dan 20 hari bulan,” katanya kepada pemberita dalam program SESB Bersama Pengguna di tapak Tamu Kalabakan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mahathir menggesa semua pengguna SESB memanfaatkan kemudahan kaunter bergerak yang disediakan agensi itu di kawasan berkenaan.

Mengenai program bertemu pengguna itu, beliau menjelaskan, ia bukan sahaja membantu pengguna di kawasan tersebut mengenai perkhidmatan SESB tetapi juga dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara agensi tersebut dan rakyat setempat. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan