Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkhidmatan Facebook tergendala

facebook

CALIFORNIA: Facebook memohon maaf kepada pengguna selepas perkhidmatan laman media sosial itu tergendala selama beberapa minit di beberapa buah negara termasuk China, Singapura dan India.

Seorang jurucakap Facebook yang enggan dikenali berkata, masalah itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi hari ini menyebabkan pengguna tidak boleh meletakkan komen dalam laman sosial berkenaan.

“Pihak kami menyelesaikan isu tersebut dengan pantas dan kini Facebook kembali beroperasi seperti biasa,” katanya kepada laman web media CNET tanpa mengulas lanjut punca masalah itu berlaku.

Awal pagi ini, Facebook melalui laman sosialnya menyiarkan mesej ‘Maaf, ada masalah. Kami sedang berusaha memulihkan perkhidmatan secepat mungkin’ selepas operasinya tergendala.

Komen


Berita Berkaitan