Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

 Perkhidmatan Awam perlu wujudkan rangka tindakan yang mampu bergerak ke hadapan

KOTA KINABALU:  Perkhidmatan Awam Negeri perlu berubah dan mewujudkan rangka tindakan yang mampu bergerak ke hadapan.

Menurut Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Dr. Juhar Mahiruddin, Perkhidmatan Awam adalah majikan yang terbesar di negeri ini dan keupayaan jenteranya bergerak secara cekap tidak hanya bergantung kepada jumlah penjawat awam tetapi juga bertunjangkan faktor-faktor disiplin, akhlak yang tinggi dan integriti.

“Kerajaan Negeri Sabah juga akan merealisasikan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi dengan menstrukturkan semula organisasi seperti yang dijelaskan dalam manifesto parti yang membentuk kerajaan ketika ini.”

 

“Inisiatif itu bertujuan menggemblengkan tenaga kerja sedia ada melalui penjajaran semula fungsi yang tidak relevan, pemanfaatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) peningkatan kecekapan dan kompetensi penjawat awam.”

 

“Dengan gelombang perubahan yang terus berkembang, Perkhidmatan Awam Negeri perlu bersedia menangani cabaran-cabaran seperti Revolusi Industri 4.0 dan aspirasi kerajaan semasa,”katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-15, di sini, hari ini.

 

Usaha untuk mencapai sasaran Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPAs) di negeri ini juga akan diperkasakan sehingga mencapai 30 peratus atau 2.2 juta hektar menjelang tahun 2025.

 

Juhar menyatakan, ketika ini Kawasan Terlindung Sepenuhnya di negeri ini ialah seluas 1.9 juta hektar iaitu lebih dari 26 peratus keluasan tananh Negeri Sabah dan merupakan Kawasan Terlindung Sepenuhnya yang terbesar di Asia Tenggara.

 

Tambah Juhar, dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini, kerajaan akan berusaha melaksanakan pelbagai program yang boleh menambah pendapatan dan memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat.

 

“Pelbagai usaha juga telah dilaksanakan untuk memperkasa golongan wanita di kawasan luar Bandar supaya dapat menyumbang secara efektif kepada pembangunan ekonomi di kawasan luar Bandar.”

 

“Kerajaan juga akan meneruskan program-program yang dapat membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat berkeperluan melalui pelbagai program dan projek pembangunan masyarakat,”katanya./SayangSabah

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin melakukan pemeriksaan perbarisan kawalan pasukan keselamatan ketika hadir merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Komen


Berita Berkaitan