Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perkhemahan BSMM lahirkan belia cintakan kesukarelawanan

6:01pm 01/12/2016 Leolerry Lajius 22 views Tempatan
Kam Wah bergambar bersama para peserta perkhemahan.

Kam Wah bergambar bersama para peserta perkhemahan.

SANDAKAN : Perkhemahan Belia Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Peringkat Negeri Kali ketiga melahirkan belia yang cintakan kerja kesukarelawan dan kecemasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Datuk Au Kam Wah berkata semangat peserta kali ini sangat berbeza dan mereka menunjukkan keterujuaan serta komitmen yang tinggi.

 RASMI…Kam Wah menyampaikan ucapan perasmian.

RASMI…Kam Wah menyampaikan ucapan perasmian.

“Tidak dinafikan belia memiliki jiwa aktif dan berperanan besar menyumbang kepada proses pembangunan sebuah negara sama ada dari aspek politik, ekonomi, sosial, budaya mahupun pendidikan.

“Diharap menerusi perkhemahan ini, belia mampu menterjemahkan semangat kerja berpasukan serta menggemari kerja-kerja kesukarelawan terutama dalam memberi bantuan kecemasan kepada mangsa bencana.

“Kesan Budaya hedonisme merupakan ledakan budaya hiburan di media sosial yang banyak mempengaruhi minda golongan belia hari ini.

“Namun jika belia menggunakan media sosial ke arah kebaikan, ia pasti menjana impak positif dan seterusnya menzahirkan idea dan pemikiran bernas.

“Sehubungan itu, ambillah peluang ini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membantu anggota masyarakat yang memerlukan pertolongan,” katanya semasa merasmikan program tersebut.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada BSMM Sabah dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang berhasil melahirkan sekurang-kurangnya dua responder pertolongan cemas terlatih di setiap kampung.

“Kita harap melalui program ini para belia dapat menimba pengalaman, belajar erti susah kerana dengan memahami erti kesusahan membolehkan setiap ahli faham kenapa sesuatu bantuan itu amat bererti dicurahkan,” tambah beliau.

Terdahulu, Penolong Pengarah Belia BSMM Sabah, Kevin Lo berbangga kerjasama NBOS daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), WWF Malaysia, Pusat Sains Negara, Sabah Amateur Radio Sosiety, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Jabatan Pelajaran dan semua pihak yang menjayakan perkhemahan berkenaan.

Seramai 250 peserta dan pegawai BSMM terlibat menjayakan perkhemahan selama lima hari empat malam itu di Scouts Nature Park, Sandakan.

Hadir sama Naib Pengerusi BSMM Kebangsaan merangkap Pengeru

Kevin menyampaikan ucapan aluan.

Kevin menyampaikan ucapan aluan.

si Jawatankuasa Pembangunan organisasi Kebangsaan, Dato’ Mohamad Rafiai Moktar; Naib Pengerusi II BSMM Sabah, Wong Hock Phin; Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara, Mohammad Fuad Rahman; para deligasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Ahli-ahli Lembaga Pengurusan BSMM Sabah./PENERANGAN-

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan