Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perketat pintu masuk antarabangsa

perketat pintu masuk KLIA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memperketatkan langkah kesiapsiagaan di semua pintu masuk antarabangsa di negara ini termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menghadapi penularan penyakit virus penyakit Ebolaatau Ebola Virus Disease (EVD).

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya memberi penerangan kepada pegawai di pintu masuk KLIA berkaitan penyakit Ebola, langkah pencegahan dan kawalan termasuk kawalan jangkitan infeksi, pengesanan kes disyaki dan kontak, membuat pemakluman dengan kadar segera dan rujukan kes disyaki ke hospital berhampiran untuk siasatan serta rawatan lanjut.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan juga bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan semua jabatan atau agensi berkaitan ketika melakukan saringan ke atas pelawat yang tiba di pintu masuk negara ini.

Komen


Berita Berkaitan