Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perkasa jadi platform majukan ekonomi

Sebahagian tetamu yang hadir di majlis itu.
Sebahagian tetamu yang hadir di majlis itu.

TAWAU – Persatuan Kebajikan Anak-anak Semporna (Perkasa) boleh menjadi platform menyuburkan perpaduan, ekonomi dan memajukan pendidikan di daerah ini.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban berkata, ini kerana keanggotaan dalam persatuan terbabit melibatkan golongan profesional yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang.

“Semenjak diwujudkan 11 tahun lalu, persatuan itu telah banyak membantu anak-anak dari daerah Semporna khususnya dalam bidang pendidikan ketika melanjutkan pelajaran di perantauan,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Aidilfitri Perkasa yang turut dihadiri kira-kira 500 anak jati tempatan daerah tersebut, di sini semalam.

Menurutnya, visi dan misi hala tuju perjuangan Perkasa amat jelas bagi merapatkan hubungan silaturrahim anak-anak Semporna selain memperjuang kebajikan demi survival mereka.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya menambah, dari segi ekonomi, terdapat ahlinya yang telah berjaya sebagai usahawan yang boleh dibanggakan.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar persatuan tersebut terus berperanan sebagai agen perubahan dalam pelaksanaan dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan khususnya kepada rakyat di daerah itu.

“Persatuan atau badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan masyarakat walaupun hanya di peringkat persatuan masing-masing sebenarnya memainkan peranan penting membantu kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup rakyat di negeri ini.

“Hanya melalui kesejahteraan menyeluruh yang tidak meminggirkan mana-mana kaum mampu memperkukuh dan memantapkan perpaduan serta persefahaman di kalangan rakyat jelata,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan