Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perkahwinan ‘hantu’

9:40am 01/03/2016 Pak Roshan 928 views Global
LI Fucai di kubur ibunya yang hanya tinggal batu nisan sementara mayatnya dicuri dan dipercayai dijual.

LI Fucai di kubur ibunya yang hanya tinggal batu nisan sementara mayatnya dicuri dan dipercayai dijual.

Beijing: Amalan kuno yang menyaksikan lelaki bujang diberikan isteri untuk dikebumikan bersama apabila mereka mati kini menjadi perniagaan mewah bagi penjenayah.

Bagi masyarakat China, lelaki yang mati tanpa berkahwin membawa nasib tidak baik.

Ini menyebabkan keluarga di pedalaman China sanggup membelanjakan sehingga 72,000 yuan (RM46,000) untuk membeli mayat wanita untuk dikebumikan dengan anggota keluarga lelaki mereka yang mati sebelum berkahwin.

Amalan itu yang menyebabkan 15 mayat wanita dicuri dalam masa tiga tahun di kampung Dongbao di Shanxi, wilayah di utara China.

Sekurang-kurangnya 15 mayat lagi hilang dari bandar dan kampung lain di wilayah itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan