Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perjudian jenis baharu berjaya dikesan polis

PERJUDIAN JENIS BARU… Chandra menunjukkan cara bermain judi ‘Bola Jalan Bola Golek’ yang pertama kali dikesan di daerah ini. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah
PERJUDIAN JENIS BARU… Chandra menunjukkan cara bermain judi ‘Bola Jalan Bola Golek’ yang pertama kali dikesan di daerah ini. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – “Bola Jalan Bola Golek” sama seperti corak permainan lain yang terdapat di tapak funfair di sekitar negeri ini, namun ia sebenarnya perjudian jenis baharu yang berjaya dikesan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, penemuan judi jenis baharu itu adalah hasil serbuan sepasukan polis di sebuah premis yang terletak di Salut Commercial, Jalan Sepanggar, Menggatal dekat sini jam 5.30 petang pada 3 Mac lepas.

“Dua orang pekerja dan empat pelanggan yang berada dalam premis terbabit berumur antara 24 hingga 41 tahun, kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kepayan di sini hari ini.

Hasil serbuan itu juga polis turut merampas wang tunai RM540 serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti judi berrkenaan termasuk sekeping kanvas yang mempunyai gambar pelbagai simbol dan dua biji bola.

“Kegiatan judi ‘bola jalan’ itu adalah yang pertama kali dikesan di daerah ini dan tangkapan pertama dibuat di Salute Commercial,” katanya lagi sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan