Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perjuangan Zul Handy Black, Ezlynn Terhenti, Tersingkir Gegarvaganza

zul

PERJUANGAN Zul Handy Black dan Ezlynn dalam program Gegarvaganza musim kedua (GV2) terhenti semalam selepas tersingkir di minggu ketiga pertandingan.

Persembahan Zul menerusi lagu Ku Menunggu nyanyian asal Datuk Rossa dan Ezlynn menerusi lagu Kuda Hitam gagal menarik perhatian juri profesional yang mengadili nyanyian mereka.

Sementara itu, 10 penyanyi lain layak ke peringkat seterusnya dengan bertemakan minggu duet bersama artis undangan.

10 penyanyi lain yang berjaya ialah Siti Nordiana, Nassier Wahab, Amir Ukays, Ezad Lazim, Azian Mazwan Safuan, Faradhiya, Nizam Laksamana, Haiza, Sheeda dan Acong.

gv2

GV2 yang bersiaran langsung dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Barisan penyanyi itu diadili oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri undangan, Datuk M. Nasir. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan