Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perjuangan UMNO Juga Untuk Sabah Dan Sarawak – Najib

8:16pm 10/12/2015 Pak Roshan 22 views Mutakhir,Politik

PM-NAJIB2

KUALA LUMPUR – Perjuangan UMNO tidak hanya terbatas di Semenanjung Malaysia, namun turut melangkaui sehingga ke bumi Sabah dan Sarawak menerusi bantuan yang diberikan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perkara itu semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

“Baru-baru ini, saya umumkan lebih banyak kuasa pentadbiran atau ’empowerment’ yang membabitkan jabatan dan agensi persekutuan bakal diberikan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata kerajaan juga menyatakan komitmen untuk membina Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,796km di kedua-dua negeri itu, tanpa mengenakan sebarang bayaran tol, sewaktu beliau membentangkan Bajet 2016 pada Oktober lepas.

Bagi Sabah, kata Najib di bawah kepimpinan UMNO dan BN, usaha bermati-matian terus dilaksanakan bagi mempertahankan kedaulatan di Negeri Di Bawah Bayu itu daripada sebarang pencerobohan.

Bagaimanapun apa yang amat dikesalkan ialah ada individu-individu dalam negara tergamak bertemu dengan pihak yang dikaitkan dengan serangan pengganas terhadap Lahad Datu, katanya.

“Perbuatan ini sememangnya sungguh tidak bertanggungjawab, sungguh mengguris hati, bahkan boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap keluarga dan para perajurit serta pengkhianatan terang-terangan kepada negara,” kata Najib.

Presiden UMNO itu menegaskan kerajaan akan terus memastikan keselamatan Sabah supaya negeri berkenaan terus kekal aman makmur bersama Malaysia untuk selama-lamanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan