Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perjuangan Tuntut Hak Milik Semua Rakyat Sabah

SIPITANG 30 APRIL 2018. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak (berdiri tengah) bergambar beramai selepas merasmikan Program Titik Sentuhan di Sipitang. STR/MOHD NAZLLIE ZAINUL.

 

TENOM – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, perjuangan mempertahankan hak orang Sabah bukan milik pembangkang semata-mata.

Sebaliknya kata Salleh, hak itu adalah milik orang Sabah secara keseluruhannya.

“Kita di Barisan Nasional (BN) yang menentukan adalah rakyat. Apa sahaja yang telah dipersetujui semasa kita membentuk negara Malaysia dahulu harus kita tunaikan kerana ini adalah perjuangan orang-orang Sabah,” katanya ketika berucap di Majlis Program Bersama Rakyat di Tenom di sini, hari ini.

Salleh berkata, jaminan sangat jelas yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mana-mana hak yang terambil akan dikembalikan kepada orang Sabah adalah bukti keikhlasan kerajaan BN dan Najib sendiri.

“Apa lagi yang kita mahu. Dahulu sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, kita tidak diiktiraf seperti ini … dulu kita hanya merayakan 31 Ogos, tetapi apabila Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri dia kata ada satu lagi tarikh yang amat penting iaitu 16 September.

“16 September itu adalah tarikh negara kita dibentuk .. dia isytiharkan cuti umum merayakan tarikh itu menunjukkan Datuk Seri Najib mengiktiraf .. ertinya dia (Najib) menghormati kita (orang-orang Sabah) sebagai rakan kongsi membentuk negara Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai politik pembangkang yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Salleh berkata kehadirannya dalam pentas politik negara ini semata-mata kerana marahkan Najib.

“Ia lebih bersifat peribadi. Dahulu, ketika dia (Mahathir) Perdana Menteri dia maki hamun Kit Siang (Lim Kit Siang), Kit siang maki Mahathir, Mahathir maki Anwar, Anwar maki Mahathir … kini situasinya berpusing, sekarang dia kawan sama diorang kerana matlamat mereka politik semata-mata dan bukan untuk membangunkan negara Malaysia,” katanya.

Salleh mengajak rakyat Tenom supaya bersatu untuk memberi sokongan yang tidah berbelah bahagi kepada BN, parti yang benar-benar berjuang untuk nasib rakyat di negara ini.

Menyentuh mengenai calon-calon pilihanraya di kawasan itu, Salleh berkata, pemilihan Datuk Rubin Balang sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Tenom sangat tepat, dengan mengambil kira rekod kerja beliau selama mewakili beberapa penggal di kerusi Dewan Undangan Negeri Kemabong.

“Melihat kepada sokongan rakyat di Tenom, saya yakin beliau (Rubin) tidak ada masalah untuk memenangi kawasan itu bagi meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang oleh anggota parlimen yang lalu,” katanya.

Salleh juga yakin calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong Jamawi Jaafar, serta di Melalap Datuk Radin Malleh juga tidak menghadapi cabaran getir untuk menang di kedua-dua kerusi tersebut. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan