Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perjuangan Pembangkang Kabur, Tidak Boleh Dipercayai – Radin

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh

 

TENOM – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh berkata rakyat harus menolak perjuangan parti-parti pembangkang kerana matlamat perjuangan mereka kabur dan tidak boleh dipercayai.

“Suatu ketika dahulu (ada antara) mereka pernah menjawat jawatan penting dalam kerajaan, ada yang (pernah) menjawat jawatan timbalan ketua menteri, menteri kanan kerajaan Persekutuan dan timbalan menteri (Persekutuan).

“Mereka (dahulunya) adalah pembuat keputusan yang menyokong dasar-dasar kerajaan, tetapi apabila mereka berada dalam kumpulan pembangkang mereka lantang mengkritik kerajaan yang pernah berjasa kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Pengundi Kampung Batu 90 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 84 pengundi muda menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS).

Justeru Radin mengajak rakyat agar terus bersama dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang kerana perjuangan BN sangat jelas untuk membela nasib rakyat.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Melalap berkata, sokongan padu rakyat untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang sangat penting bagi memastikan program-program pembangunan kerajaan dapat diteruskan mengikut perancangan.

“Rakyat di kawasan ini memerlukan pembangunan dan ia adalah masa yang tepat untuk menyokong dan mengekalkan BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Mengenai penyertaan 84 pengundi muda itu ke dalam PBS, Radin berkata tindakan pengundi muda menyertai PBS serta memilih BN sebagai wadah perjuangan politik mereka perlu mendapat pujian.

— BERNAMA.

Komen


Berita Berkaitan