Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perjuangan PBS masih relevan- Pairin

10:58am 06/03/2016 Leolerry Lajius 290 views Politik,Tempatan
Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan .- fot Jimmy Tan / sayangsabah.

Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan .- fot Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU: Perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang merupakan parti tempatan Sabah yang tertua masih relevan dan akan terus mengangkat perjuangan bagi menjaga hak-hak negeri ini.

Menurut Presiden PBS Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, usia penubuhan PBS yang telah mencapai usia 31 tahun bukanlah bererti parti ini adalah parti orang tua tetapi merupakan sebuah parti yang berpengalaman.

“Saya ingin menyeru agar semua ahli dalam parti sentiasa bekerjasama dan terus berjuang bersama-sama dengan parti ini kerana selama tiga dekad penubuhan PBS kita telah berjaya menggapai banyak kejayaan.

“Saya juga berharap agar di hadapan kita sentiasa terpapar kecintaan berdasarkan kepada patriotisme asas perpaduan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena ulang Tahun ke-31 PBS di Dewan Hakka, di sini.

Pairin juga menyeru semua pemimpin dan ahli parti tersebut agar menarik lebih ramai golongan muda untuk bersama-sama memperjuangkan hak-hak Sabah.

“Golongan muda merupakan aset yang penting kerana merekalah yang akan bakal menerajui parti ini di masa akan datang,”katanya.

Para pemimpin PBS juga disarankan agar sentiasa turun padang dan berpijak di bumi yang nyata kerana rakyat sentiasa memerhatikan apa yang diperjuangkan oleh PBS.

“Kita perlu ingat bahawa rakyat sentiasa memerhatikan apa yang kita perjuangkan dan kita harus sentiasa memperbaharui PBS agar menjadi terus relevan,”katanya.

Pairin juga berkata bahawa usaha untuk menyatukan rakyat negeri ini yang berada di luar dari Sabah akan terus dipertingkatkan melalui pengumuman yang telah dibuat oleh parti tersebut sebelum ini untuk melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan pertandingan karaoke, cabutan tiket bertuah dan pertunjukan silap mata dengan kehadiran ratusan ahli-ahli PBS bersama pemimpin-pemimpin parti tersebut. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan