Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perjuangan Parti Sendiri Lebih Penting – Pairin

Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan .- fot Jimmy Tan / sayangsabah.

Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan .- fot Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU : Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ketika PBS melihat perkembangan mengenai parti lain adalah penting ia melihat perkembangannya sendiri.

Beliau berkata PBS menganggap apa yang berlaku dalam parti lain dan persekitarannya adalah sebagai pengajaran untuk PBS dan anggotanya.

Pairin berkata ini sebagai rujukan kepada tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil keputusan keluar daripada UMNO.

Beliau yang juga timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah berkata PBS akan meneruskan perjungannya demi manfaat generasi masa depan dengan bekerja bersama masyarakat bagi menjuarai hak mereka.

“Saya menyeru kerjasama lebih erat dan komitmen daripada anggota PBS ke arah memenuhi aspirasi masa depan parti demi negara terutama Sabah,” katanya kepada pemberita pada pertandingan boling 10-pin sempena ulang tahun ke-31 PBS di sini hari ini.

Pairin juga berjanji akan mencari jalan bagi memastikan perjuangan parti itu yang beliau sifatkan sebagai diterima baik masyarakat selama ini agar diingati anggota parti dan generasi masa depan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan