Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perjalanan Yang Melenyapkan Kelazatan Dunia

Gambar Hiasan

 

Orang yang meninggal dunia awalnya tidak menyedari bahawa dirinya telah mati. Dia merasakan dirinya sedang bermimpi mati.

Dia dapat melihat dirinya ditangisi oleh ahli keluarga, dimandikan, dikafankan serta disolatkan oleh jiran tetangga dan kaum keluarga hingga diturunkan ke dalam kubur.

Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun dengan tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya.

Beberapa waktu kemudian, saat semua orang telah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah, Allah SWT kembalikan rohnya.

Dia membuka mata dan terbangun dari “mimpi” buruknya. Dia merasa lega dan bersyukur bahawa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk.

Kini, dia sudah bangun dari tidurnya. Kemudian dia merasai badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun;

“Dimana bajuku? Dimana seluarku?”

Lalu dia merasai sekelilingnya yang berupa tanah.

“Dimanakah aku ini? Tempat apakah ini? Kenapa bau tanah dan lumpur begitu kuat pada saat ini?”

Kemudian dia mula menyedari bahawa dia ada di dalam tanah dan sebenarnya apa yang dialaminya kini bukanlah satu mimpi! Ya, dia sedar kini bahawa dirinya telah benar-benar mati.

Berteriaklah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya;

“Mak… Ayah… Abang… Kakak… Wahai Sahabat ku”

Tidak ada seorang pun yang menjawabnya. Dia yang selama ini lupa pada Allah SWT pun ingat bahawa Allah SWT adalah satu-satunya harapan. Menangislah dia sambil meminta ampun.

“Ya Allah… Ya Allah… Ampuni aku Ya Allah”

Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakannya sebelum ini, sepanjang hidupnya.

Jika dia orang baik (soleh / solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.

Jika dia orang buruk (tidak beriman/ kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya, sesuai dengan keburukannya.

Pertolongan Al-Quran Di Alam Kubur

Dari Sa’id bin Sulaim R.A., Rasulullah SAW bersabda;

“Tiada penolong yang lebih utama darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat daripada Al-Quran. Bukan Nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya”Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya.

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahawa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian dirumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat.

Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada diantara dada dan kain kafan. Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat.

Malaikat Mungkar dan Nangkir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab. Tetapi si tampan itu berkata;

“Dia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimanapun, aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan untuk menyoalnya, lakukan pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata;

“Aku adalah Al-Quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan. Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Mukar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan”

Setelah para malaikat itu selesai membuat pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la. Himpunan Fadhilah Amal : 609

Allahu Akbar, terasa menggigil selepas membaca hadith ini. menggigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan.

Menggigil kerana tentu sahaja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela.

Sekaligus menggigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita. Banyak riwayat yang menerangkan bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang pasti dikabulkan Allah SWT.

Ya Allah… Ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa ibu bapaku, dosa-dosa kaum keluargaku, dosa-dosa saudaraku, dosa-dosa para sahabatku dan dosa-dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah… Jangan Engkau cabut nyawa kami di saat kami tidak tersenarai untuk berada di syurga mu Ya Allah… Amin.

(Sumber: Tazkirah.net oleh Muhammed Rizal)

Komen


Berita Berkaitan