Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perintah Gaji Minimum RM1,000 Berkuat Kuasa 1 Julai

11:52am 02/05/2016 Pak Roshan 2679 views Mutakhir,Nasional
Gambat Hiasan

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata perintah tersebut melibatkan semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik (pembantu rumah) sebagaimana yang terkandung dalam PGM 2012.

“Kerajaan telah meneliti semua syor yang telah dikemukakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara dan telah mengambil pendekatan ‘balanced approach’ serta mempertimbang kepentingan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Jelasnya melalui PGM 2016, kadar gaji minimum ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Beliau berkata bagi gaji minimum harian pula ia tertakluk kepada jumlah jam bekerja maksimum seminggu iaitu 48 jam bagi Semenanjung Malaysia.

“Untuk enam hari bekerja dalam seminggu, kadar gaji minimum harian adalah RM38.46, (lima hari/seminggu, RM46.15) dan (empat hari/seminggu, RM57.69),” katanya.

Bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan pula untuk enam hari bekerja dalam seminggu, gaji minimum harian adalah RM35.38, (lima hari/seminggu, RM42.46) dan (empat hari/seminggu, RM53.08),” katanya.

Riot berkata bagi pekerja yang dibayar berdasarkan upah mengikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang perlu dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dalam pada itu, katanya klausa berhubung Permohonan Penundaan, Rundingan bagi Penstrukturan Semula Gaji dan Pengurangan Kadar Gaji Minimum bagi pekerja dalam tempoh percubaan yang ada dalam PGM 2012 tidak ditetapkan bagi PGM 2016.

“Bagi pekerja-pekerja yang masih menjalani tempoh percubaan melangkau tarikh 1 Julai 2016, tiada pengurangan kadar gaji minimum dibenarkan bagi pekerja-pekerja yang masih dalam tempoh percubaan tersebut mulai 1 Julai 2016,” katanya.

Oleh yang demikian, jelasnya garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara pada 6 Sept 2012 selaras dengan penguatkuasaan PGM 2012 adalah dimansuhkan dengan berkuatkuasanya PGM 2016 mulai 1 Julai 2016.

“Kerajaan berharap kadar gaji minimum baharu ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja Malaysia sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.

Sesalinan perintah tersebut boleh diperoleh dalam laman sesawang Kementerian Sumber Manusia iaitu www.mohr.gov.my. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan