Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung tidak jejas operasi pelabuhan

Raymon menunjukkan Buletin SIQ semasa sidang media di pejabat beliau, di Wisma Tun Fuad. -  Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Raymond menunjukkan Buletin SIQ semasa sidang media di pejabat beliau, di Wisma Tun Fuad. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Pelaksanaan perintah berkurung di kawasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak menghalang kemasukan urus niaga perkapalan di pelabuhan di Pantai Timur Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, langkah itu dilihat lebih disenangi pihak pelabuhan dan kapal-kapal asing yang singgah termasuk oleh para nelayan tempatan kerana ia diyakini mampu menjamin keselamatan mereka.

“Ia tidak mengganggu operasi pelabuhan di Pantai Timur dan setakat ini, secara peribadi saya juga tidak menerima aduan dari mana-mana pihak berkaitan pelaksanaan perintah berkurung di kawasan Esszone.

“Sebaliknya, ia membolehkan pemantauan dilakukan ke atas kapal tempatan dan asing yang membawa barangan masuk ke negeri ini oleh pihak berkuasa,” katanya ketika sidang media mengenai Buletin Sabah Industry Quaterly (SIQ) di pejabat beliau di Wisma Tun Fuad, di sini hari ini.

Raymond (tengah) semasa sidang media di pejabat beliau di Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu. -  Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Raymond (tengah) semasa sidang media di pejabat beliau di Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada terdapat aduan daripada pihak pelabuhan di kawasan Esszone ekoran pelaksanaan perintah berkurung yang dilanjutkan tempohnya, sejak ia mula dilaksana pada tahun lalu.

Raymond yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri berkata, langkah tersebut bertujuan mengawal keselamatan dan meskipun ia mungkin ada menimbulkan ketidakselesaan bagi sesetengah pihak, tindakan tersebut seharusnya difahami semua pihak.

“Saya fikir perkara berkaitan aduan (terhadap perintah berkurung) bukan isu serius, mungkin sedikit tidk selesa tetapi tidak mengapa ia demi keselamatan kerana kita mahu memastikan setiap kapal yang masuk mempunyai lesen sah,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan