Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung perlu dilanjut kekang jenayah rentas sempadan

Nasir Sakaran (tengah) mengadakan lawatan dan tinjauan ke Jeti Pelancongan Semporna.
Nasir Sakaran (dua dari kiri) mengadakan lawatan dan tinjauan ke Jeti Pelancongan Semporna.

SEMPORNA – Perintah berkurung yang dilaksanakan oleh kerajaan tahun lalu di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) merupakan langkah terbaik dalam usaha untuk mengekang jenayah rentas sempadan dan pencerobohan di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, perintah berkurung itu perlu dilanjutkan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat khusus di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Ia sekaligus membuktikan komitmen kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan tinjauan ke jeti  Pelancongan Semporna di sini hari ini.

Nasir yakin, pihak keselamatan akan melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan  mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang cuba menceroboh dan menggugat  keselamatan negara.

Nasir yang  juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) turut menasihati nelayan khususnya nelayan tradisional di Pantai Timur Sabah mematuhi arahan yang dikeluarkan selain memohon permit kebenaran keluar menangkap ikan bagi meneruskan punca pendapatan mereka di laut.

Sehubungan itu, Nasir meminta segenap lapisan rakyat memberi kerjasama penuh kepada  anggota keselamatan termasuk menyampaikan maklumat kepada mereka  sekiranya terdapat anasir-anasir yang cuba menggugat  kedaulatan negara .

Perintah berkurung  itu merangkumi Daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mula dilaksanakan kerajaan sejak 19 Julai tahun lalu selama 14 hari berikutan serangan kumpulan bersenjata ke atas dua anggota polis Marin di Pulau Mabul pada 12 Julai 2014. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan