Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perintah berkurung ke-49 diteruskan di ESSZONE

12:46pm 23/08/2016 Pak Roshan 365 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

esscom

KOTA KINABALU: Perintah berkurung ke-48 di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir malam ini, dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-49, bermula esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata fasa baharu perintah berkurung di kawasan itu dikuatkuasakan bermula jam 7 malam esok hingga 8 September depan.

Peraturan itu dikuatkuasakan di perairan tujuh daerah dalam kawasan ESSZONE iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran, sejak dua tahun lalu.

Berikutan itu, orang ramai di daerah terbabit diingatkan agar tidak berada di lokasi yang diisytiharkan kawasan perintah berkurung bermula jam 7 malam hingga 5 pagi.

Katanya, langkah meneruskan perintah berkurung itu bagi mengekang pencerobohan pengganas dan ancaman penculikan.

“Berdasarkan maklumat, pengganas termasuk kumpulan Abu Sayyaf dari selatan Filipina masih cuba menceroboh kawasan ESSZONE untuk melakukan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan (KFR).

“Sehubungan itu, perintah berkurung perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan di kawasan ESSZONE,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Abd Rashid berkata, orang ramai yang perlu turun ke laut untuk melakukan aktiviti perikanan atau laluan mendesak ketika perintah berkurung perlu mendapatkan permit daripada ketua polis daerah di kawasan berkenaan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan