Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung jamin keselamatan rakyat: Nasir Sakaran

Nasir Sakaran (empat kanan) menerima cendera kenangan yang disampaikan Gan Sau Wah (enam kiri)  sempena majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, di Bandar Mutiara Resort, Semporna.
Nasir Sakaran (empat kanan) menerima cendera kenangan yang disampaikan Gan Sau Wah (enam kiri) sempena majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, di Bandar Mutiara Resort, Semporna.

SEMPORNA – Penguatkuasaan perintah berkurung di kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) perlu diteruskan sebagai satu kaedah yang boleh menjamin keselamatan rakyat bagi mencegah jenayah rentas sempadan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran, menjelaskan keyakinan rakyat terutama pelabur di daerah ini dapat dilihat apabila mereka selesa menjalankan rutin kerja dan perniagaan harian seperti biasa di kawasan kampung atau kepulauan di daerah itu sejak penguatkuasaan perintah berkurung itu dilaksanakan.

“Keyakinan itu juga jelas terbukti apabila setiap perayaan di daerah itu kini disambut meriah oleh segenap lapisan rakyat tanpa merasa bimbang dan takut lagi sejak beberapa peristiwa pahit tragedi pencerobohan Tanduo, dua tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri majlis sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di Kediaman Naib Presiden Gabungan Perniagaan Tionghua Malaysia merangkap Presiden SUCCC Sabah, Datuk Gan Sau Wah.

Sehubungan itu Nasir,mengingatkan masyarakat berbilang kaum di daerah itu terus mengamalkan budaya kunjung mengunjung dalam apapun sambutan perayaan sebagai pemangkin ke arah perpaduan kaum yang harmoni dan muhibbah.

Katanya, budaya kunjung mengunjungi di setiap perayaan suku kaum di Sabah memang telah lama wujud sejak sekian lama dan telah menjadi faktor utama penyumbang kepada perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Negeri Bawah Bayu itu. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan