Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perintah berkurung fasa ke-44 di ESSZONE bermula esok

12:51am 05/06/2016 Pak Roshan 608 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

esszone-600x367

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa ke-44 bermula esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata ia berikutan pasukan keselamatan menerima maklumat kumpulan penjenayah dari selatan Filipina cuba melakukan jenayah rentas sempadan.

PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun. – Foto Mohd Fadli Hamzah

“Perintah berkurung itu juga diteruskan bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan orang ramai termasuk penyelidik dan pelancong.

“Kita juga mahu menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan di kawasan ESSZONE, termasuk memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan ke atas pergerakan bot.

“Dalam masa sama, kita juga mahu menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada¬† pengusaha chalet dan aktiviti perikanan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Penguatkuasaan perintah berkurung bagi fasa ke-43 di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau, Beluran dan Semporna berakhir hari ini manakala perintah berkurung fasa ke-44 akan berakhir pada 20 Jun.

Beliau berkata, kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah yang terletak dalam kawasan ESSZONE untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan mendesak. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan