Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung fasa ke 17 dilanjut hingga 15 April

ESSZONE

KOTA KINABALU – Perintah Berkurung di kawasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang memasuki fasa 16 akan dilanjutkan sehingga 15 April ini di kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah berkurung mulai pukul 7 petang hingga 5 pagi di kawasan yang telah ditetap di enam daerah perairan Esszone melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan ditetapkan.

“Memaklumkan bahawa kuasa-kuasa yg diberikan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah dan kuasa Menteri Dalam Negeri didalam Akta Polis 1967 mengikut seksyen 31 (4) diisytiharkan bahawa Perintah Berkurung fasa 16 yang tamat pada 30 Mac akan dilanjutkan ke fasa,” katanya.

Katanya, keputusan ini dibuat berdasarkan faktor iaitu untuk menjaminkan keselamatan dan kesejateraan pengguna perairan, pelancong dan khusus pada rakyat Sabah di daratan Esszone.

Selain itu, ia juga bagi bemudahkan penguatkuasaan, memantau segala pergerakkan bot yg cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Menurut beliau, kuasa telah diberikan kepada semua ketua-ketua balai di kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau lain-laib aktiviti laluan mendesak. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan