Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERINTAH BERKURUNG ESSZONE DILANJUTKAN SEHINGGA 13 SEPTEMBER

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) akan dilanjutkan bermula hari ini sehingga 13 September pada pukul 6 petang.

Pelaksanaan perintah berkurung itu berkuatkuasa selama 24 jam mengikut Seksyen 31(1) Akta Polis 1967 dalam tempoh 14 hari dan dilanjutkan bagi mereka yang tinggal di kawasan Esszone.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, dalam tempoh tersebut penduduk di kawasan berkenaan akan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara pukul 6 petang hingga 6 pagi semasa tempoh pengisytiharan itu.

Datuk Ramli Din-Gambar Fail SNT

“Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Keperluan untuk meneruskan perintah berkurung itu bagi memastikan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata, langkah itu juga bagi mengekang kegiatan kumpulan-kumpulan pengganas dari selatan Filipina kerana maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan culik untuk wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh untuk melakukan pencolekan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya, perintah berkurung itu memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakkan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah berkenaan untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” jelasnya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan