Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 29 Mac

KOTA KINABALU – Perintah Berkurung di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) yang tamat pada 14 Mac ini akan dilanjutkan mulai 15 hingga 29 Mac ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah berkurung mulai pukul 7 petang hingga 5 pagi di kawasan yang telah ditetap di kawasan perairan Esszone melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan.

“Kuasa-kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah dan kuasa Menteri Dalam Negeri di dalam Akta Polis 1967 mengikut seksyen 31 (4) diisytiharkan bahawa Perintah Berkurung yang tamat pada 14 Mac akan dilanjutkan mulai Ahad ini dan akan berakhir pada 29 Mac.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan faktor-faktor bagi menjaminkan keselamatan dan kesejateraan pengguna perairan, pelancong dan khusus pada rakyat Sabah di daratan Esszone,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jalaluddin memberitahu, ia juga bagi memudahkan penguatkuasaan, memantau segala pergerakkan bot yg cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Kata beliau lagi, langkah itu mendapat sokongan alih pengusaha calet dan aktiviti perikanan dalam menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di persempadanan.

Tambahnya, kuasa telah diberikan kepada semua ketua-ketua balai di kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau lain-lain aktiviti laluan yang mendesak. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan