Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung dilanjutkan

perintah berkurung

LAHAD DATU: Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan mulai hari ini hingga 2 September.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata perlanjutan perintah berkurung itu dibuat susulan perbincangan dengan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun.

Bercakap kepada pemberita di sini, sebentar tadi, Jalaluddin berkata, tempoh penguatkuasaan perintah berkenaan bagaimanapun bermula dari jam 7 malam hingga 5 pagi, berbanding jam 6 petang hingga 6 pagi sebelum ini.

Perintah berkurung di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau itu dilaksanakan sejak 19 Julai hingga 2 Ogos lalu lalu sebelum dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga kelmarin.

Ia membabitkan kawasan perairan seluas 194,032 kilometer persegi bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke jati Tawau di selatan.

Komen


Berita Berkaitan