Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perintah berkurung di kawasan ESSZONE dilanjutkan

2:44pm 04/05/2016 Leolerry Lajius 46 views Tempatan

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan ESSZONE yang tamat kelmarin dilanjutkan selama 14 hari di bawah Sek 31(4) Akta Polis 1967 bermula dari 5 Mei hingga 19 Mei.

Dengan berkuat-kuasanya Perintah Berkurung ini, orang ramai yang tinggal dikawasan berkenaan dikehendaki berada didalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah disytiharkan antara jam 7 malam sehingga 5 pagi pada tarikh yang dinyatakan diatas.

Perintah berkurung ini meliputi kawasan-kawasan perairan di daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun, keperluan untuk meneruskan Perintah Berkurung dikawasan laut diatas adalah untuk mempastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong luar negara yang melawat pulau peranginan dari penculikan oleh kumpulan pengganas dari selatan Negara Filipina kerana maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan KFR ( Kidnapping For Ransom) dan kumpulan Abu Sayaf yang masih cuba menceroboh untuk melakukan pencolekan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Perintah berkurung ini juga bagi menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dikawasan Esszone,”katanya.

Di samping itu, ia juga untuk memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakkan bot, serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti perikanan dengan omnipresence kapal pasukan keselamatan yg menguatkuasakan Perintah Berkurung.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah ESSZONE untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau laluan yang mendesak.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan