Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perintah berkurung di kawasan ESSZONE dilanjutkan

11:39am 08/09/2016 Leolerry Lajius 386 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

esszone

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 24 September, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

Beliau berkata perintah berkurung itu, yang berkuat kuasa dari 7 malam hingga 5 pagi, membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Dengan berkuat kuasanya perintah berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah (dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada) di kawasan yang telah diisytiharkan pada waktu dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, perintah itu adalah bagi mempastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan dari penculikan oleh kumpulan pengganas dari selatan Negara Filipina kerana maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf yg masih cuba menceroboh untuk melakukan pencolekan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Perintah ini juga adalah bertujuan menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dikawasan Esszone,”katanya.

Katanya, selain untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah, perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pergerakan serta menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pengusaha chalet dan nelayan melalui kehadiran anggota keselamatan.

Abdul Rashid berkata pihaknya juga telah menurunkan kuasa kepada semua ketua polis daerah di kawasan perintah berkurung itu untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan