Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah Berkurung Di ESSZone Mudahkan Kawalan Keselamatan – Salleh

perintah berkurung

KUCHING– Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) memudahkan pihak berkuasa membuat kawalan keselamatan di kawasan berkenaan, kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Beliau berkata justeru itu meminta penduduk di kawasan perintah berkurung memberi kerjasama kepada Pasukan keselamatan.

“Kita harapkan melalui penguatkuasaan perintah berkurung ini, dapat dan memudahkan lagi langkah mengawal ancaman pihak yang mahu menjejaskan keselamatan di kawasan berkenaan,” katanya.

Salleh bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama 500 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Masjid Khalid Ibnu Walid Kem PGA Briged Sarawak, Batu Kawa, Ahad malam.

Pada majlis yang sama, Salleh menyerahkan sumbangan hari raya kepada 50 anak yatim dari sekitar Kuching dan 15 balu anggota PGA Briged Sarawak.

Hadir sama Komander PGA Briged Sarawak, Datuk Isa Munir, dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Datuk Dr Chai Khin Chung.

Mengulas lanjut, Salleh meminta penduduk kawasan berkenaan supaya sentiasa menghubungi pihak berkuasa jika perlu membuat pergerakan mustahak kerana dalam perintah berkurung permit masih boleh dikeluarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Apabila dikuatkuasakan, tidak boleh ada sebarang pergerakan, mana-mana orang yag masuk ketika perintah berkurung berkuatkuasa ini, telah melakukan kesalahan yang mana pihak berkuasa boleh menahan dan boleh mendakwa mereka di bawah Akta Polis Melanggar Syarat-syarat Perintah Berkurung,” katanya.

Salleh berkata dalam usaha menambah kekuatan anggota di ESSCom, seramai 418 anggota PGA dan satu skuadron Pasukan Vat Komando 69 telah dihantar melaporkan diri dalam tempoh 48 jam lepas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Sementara itu, ketika diminta mengulas penyebaran maklumat ‘Force Deployment Ops Tayang’ bertarikh 16 Julai daripada Komander ESSCom DCP Datuk Abdul Rashid Harun di internet, Salleh menyelar tindakan tersebut sambil menyifatkan boleh menjejaskan perancangan dan pelaksanaan tugas pasukan keselamatan.

“Maklumat ini melibatkan keselamatan, harap jangan ada mana-mana pihak cuba edar di laman sosial.

“Satu laporan polis akan kita buat dan siasatan akan dilakukan, sekiranya kita ada orang yang cuba sabotaj berkenaan penugasan keselamatan ini, kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan