Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,708

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Sehingga 27 November

8:57am 11/11/2016 Pak Roshan 172 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

esszone-600x367

KOTA KINABALU : Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir esok, dilanjutkan dua minggu, bermula Sabtu ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata tempoh perintah berkurung berkuat kuasa dari jam 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Berikutan itu, katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di rumah dan dilarang memasuki kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu.

Langkah melanjutkan perintah berkurung itu adalah bertujuan mengekang pencerobohan pengganas dan ancaman penculikan oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf dari selatan Filipina untuk mendapat wang tebusan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna di perairan itu serta mereka yang tinggal di kawasan daratan Esszone.

Selain itu, katanya, langkah tersebut juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot, sekali gus mewujudkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan mendesak apabila mahu melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan