Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan hingga 25 Jan

BARIS HORMAT... Jalaluddin membuat pemeriksaan baris hormat semasa di Perhimpunan Bulanan PDRM hari ini
BARIS HORMAT… Jalaluddin membuat pemeriksaan baris hormat semasa di Perhimpunan Bulanan PDRM hari ini.

KOTA KINABALU:  Perintah berkurung yang berakhir esok, sejak dilaksanakan 19 Julai tahun lepas di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), dilanjutkan hingga 25 Jan dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah itu dibuat selepas agensi keselamatan menilai situasi keselamatan semasa dan atas pemintaan pelbagai pihak, nelayan serta penduduk di kawasan berkenaan.
Perintah berkurung itu merentasi perairan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Berdasarkan maklum balas daripada persatuan nelayan, pengusaha pusat pelancongan dan pelancong di kawasan Esszone ialah mereka merasa selamat menjalankan aktiviti harian dengan pelaksanaan perintah berkurung itu,” kata Jalaluddin pada sidang media di majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan Ibupejabat Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, ia juga bagi memudahkan anggota agensi penguatkusaan dan keselamatan memantau dan menyekat laluan penjenayah rentas sempadan terutama pada waktu malam.

“Selagi ada ancaman, selagi itulah perintah berkurung ini akan diteruskan,” tegas Jalaluddin.

Sementara itu semasa berucap di majlis tersebut, beliau turut mengumumkan bahawa indeks jenayah bagi 2014 mencatat penurunan sebanyak 560 kes berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, statistik jenayah pecah rumah pada tahun lepas pula mencatat kes sebanyak 1377 berbanding 1665 kes bagi tahun 2013.

“Sebanyak 2564 kes berjaya diselesaikan pada tahun lepas iaitu 49.19 peratus berbanding  tahun sebelumnya 2789 kes (48.32 peratus),” katanya.

Beliau juga berkata bahawa PDRM akan terus menumpukan usaha untuk mencapai KPI bagi tahun 2015 ke tahap maksima dengan memperkukuhkan lagi proses transformasi ke tahap cemerlang.  – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan