Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,777

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan

11:32am 27/11/2016 Leolerry Lajius 148 views Tempatan

KOTA KINABALU: Perintah berkurung ke-54 di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir malam ini, dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-55 bermula esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun berkata, fasa baharu perintah berkurung di kawasan itu dikuatkuasakan bermula jam 6.00 malam esok hingga 13 December depan.

Peraturan itu dikuatkuasakan di perairan tujuh daerah dalam kawasan ESSZONE iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran sejak dua tahun lalu.

Berikutan itu, orang ramai di daerah terbabit diingatkan agar tidak berada di lokasi yang diisytiharkan kawasan perintah berkurung bermula jam 6.00 malam hingga 5.00 pagi.

Katanya, langkah ini bagi mempastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan dari penculikan oleh kumpulan-kumpulan pengganas dari selatan Negara Filipina kerana maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf yg masih cuba menceroboh untuk melakukan pencolekan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Langkah ini juga untuk menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dikawasan Esszone.”

“Ia juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakkan bot, serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti perikanan dengan omnipresence kapal pasukan keselamatan yang menguatkuasakan PB ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan