Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan

ESSZONE.transformed_5KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung fasa ke-22 di kawasan Esszone yang tamat pada hari ini akan dilanjutkan bermula 21 Julai sehingga 5 Ogos depan berkuatkuasa dari jam 7 malam hingga 5 pagi.

“Keputusan melanjutkan perintah berkurung itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ia juga bagi memudahkan anggota penguatkuasa memantau dan membanteras aktiviti penjenayah rentas sempadan yang cuba menceroboh masuk ke Sabah.

“Maklumat mendedahkan beberapa ancamam daripada KFR (Kidnapping For Ransom) dan juga kumpulan Abu Sayaf yang masih cuba menceroboh merentas sempadan untuk melakukan jenayah peculikan dan samun bersenjata,” katanya lagi.

Katanya, keputusan berkenaan turut mendapat sokongan daripada para pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.

“Kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon untuk tujuan menjalankan aktiviti perikanan atau laluan yang mendesak,” katanya lagi.

Kawasan Esszone yang merangkumi enam daerah di pantai timur Sabah, melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan.
oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan