Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah Berkurung Di ESSZone Dilanjut Hingga 27 Dis

esszone2

KOTA KINABALU : Perintah berkurung fasa ke-32 di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjut hingga 27 Dis ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ia meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan.

“Ia dilanjutan bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan, di samping bagi melindungi pelancong luar negara yang melawat pulau peranginan daripada penculikan kumpulan pengganas selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata perintah berkurung juga perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang tinggal di kawasan darat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan