Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perintah berkurung: Bantuan kewangan disambut baik

pengasah

SANDAKAN – Persatuan Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) mengalu-alukan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman untuk mempertimbang bantuan kewangan kepada nelayan yang terjejas akibat perintah berkurung.

Ahli Lembaga Pengasah Shaiful Bahari Muin berkata bantuan sedemikian mampu mengurangkan beban dan kerunsingan nelayan terbabit.

Beliau berkata 6,000 nelayan di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau daripada keseluruhan 15,000 nelayan berdaftar di Sabah terlibat dengan lanjutan perintah berkurung itu mulai 19 Julai lepas hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Perintah berkurung itu dikuatkuasakan berikutan serangan kumpulan bersenjata ke atas dua anggota polis marin di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu.

“Walaupun merasai kesan kurang sumber pendapatan yang sangat ketara berikutan arahan itu, nelayan di enam kawasan tersebut tetap menyokong langkah kerajaan dan pasukan keselamatan,” katanya kepada Bernama.

Shaiful Bahari berkata para nelayan turut merungut mereka tidak dibenarkan berada di laut walaupun mereka berada tidak melebihi tiga batu nautika daripada kawasan perairan yang ditetapkan.

Beliau berkata ekoran kesukaran nelayan turun ke laut, bekalan ikan di pasar di kawasan enam daerah terbabit didapati berkurangan menyebabkan harga ikan naik.

Komen


Berita Berkaitan