Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peringatan dirai aksi berdarah

berdarah

Dhaka: Pergaduhan tercetus di jalanan Banglades semalam ketika negara itu memperingati pemilihan semula Sheikh Hasina Sheikh Mujibur Rahman sebagai perdana menteri.

Kemenangan Sheikh Hasina dicapai secara kontroversi ketika pembangkang memulaukan proses pilihan raya pada tahun lalu.

Polis berkata, dia penyokong pembangkang, Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) terbunuh dalam pergaduhan dengan aktivis parti pemerintah di Natore, utara negara itu.

Kejadian itu memarakkan lagi ketegangan antara pembangkang dan Liga Awami Bangladesh.

Sempena ulang tahun pertama itu, BNP mengisytiharkan semalam sebagai Hari Pembunuhan Demokrasi.

Pasukan keselamatan mengunci semua pintu pejabat pemimpin BNP, Begum Khaleda Zia di Dhaka dan menyebabkan dia terkurung di dalamnya.

Tindakan itu dibuat selepas dia menggesa aktivis turun ke jalan raya sebagai cara memaksa Sheikh Hasina mengadakan pilihan raya baru.

Seorang inspektor polis setempat berkata, dua aktivis BNP ditembak mati dalam pertempuran dengan penyokong Sheikh Hasina.

“Sekurang-kurangnya 15 yang lain cedera,” katanya.

Stesen televisyen melaporkan, keganasan turut tercetus di banyak bandar lain dengan polis dan penyokong Liga Awami Bangladesh bergasak dengan pengikut BNP.

Ratusan peguam yang menyokong pembangkang pula menyertai protes di kompleks menempatkan mahkamah tertinggi Bangladesh.

Mereka kemudian mengibarkan bendera hitam sebagai simbolik kematian demokrasi.

Polis mengunci pintu masuk ke bangunan utama menyebabkan penunjuk perasaan terkurung di luar bangunan.

Dari dalam pejabatnya, Begum Khaleda menggesa protes besar-besaran diadakan.

Dia terkurung di situ sejak malam Sabtu lalu.

Pihak berkuasa mengetatkan kawalan dengan meletakkan 11 lori di luar pejabatnya bagi menghalang dia keluar mengetuai tunjuk perasaan.

Sheikh Hasina menjadi perdana menteri sejak 2009 selepas dilantik semula ke jawatan itu pada 5 Januari tahun lalu.

Kemenangan itu dicapai ketika BNP tidak dicabar mana-mana parti lain. – AFP

Komen


Berita Berkaitan