Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peringatan buat pelajar tajaan YS di Mesir, jangan terpengaruh fahaman pelampau

Sapawi Ahmad menyampaikan sumbangan kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Penuntut Sabah di Mesir, Pengiran  Mohd. Hanif Awang Omar. - foto ihsan YS
Sapawi Ahmad menyampaikan sumbangan kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Penuntut Sabah di Mesir, Pengiran Mohd. Hanif Awang Omar. – foto ihsan YS

MESIR – Kumpuan Yayasan Sabah telah mengeluarkan perbelanjaan lebih RM20 juta bagi bisiswa dan pinjaman untuk menghantar pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pengajian Islam.

Peruntuan tersebut bagi membiayai lebih 200 pelajar tajaan Yayasan Sabah (YS) dan mereka telah dihantar ke beberapa buah universiti termasuklah di Cairo dan Iskandariah, sejak 2006 sehingga kini.

Sehubungan itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berharap, pelajar tajaan YS dapat memfokuskan kepada pelajaran masing-masing dan berusaha mencapai kejayaan yang diinginkan.

Menurutnya, pembangunan pendidikan tetap dan akan terus menjadi agenda utama kepada organisasi kerajaan negeri itu dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang yang akan mentadbir negara pada masa akan datang.

“Pembangunan pendidikan tidak akan menjadi agenda nombor dua Yayasan Sabah sebaliknya ia merupakan agenda utama,” katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra pelajar tajaan Yayasan Sabah anjuran Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir, sempena lawatan kerja beliau ke Kahera, Mesir, baru-baru ini.

Sapawi memberitahu, agenda itu juga seiring dengan peringatan Ketua Menteri merangkap Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mahu agar YS terus memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan di Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Sapawi memberitahu YS telah membeli sebuah bangunan di Iskandriah pada tahun 2008 bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Sapawi Ahmad bersama rombongan dan pelajar Yayasan Sabah mengabadikan kenangan di depan Wisma Yayasan Sabah Kaherah. - foto ihsan YS
Sapawi Ahmad bersama rombongan dan pelajar Yayasan Sabah mengabadikan kenangan di depan Wisma Yayasan Sabah Kaherah. – foto ihsan YS

Katanya, bangunan pertama milik YS dibeli pada tahun 1997 di Kaherah dan kedua-duanya telah dijadikan sebagai asrama untuk pelajar tajaan organisasi tersebut.

“Kita sedar terdapat kerosakan yang perlu diperbaiki termasuklah katil dan tilam yang perlu diganti dan perkara ini akan diberikan perhatian dan kita akan mengambil tindakan segera… semua ini adalah untuk memastikan keselesaan dann keselamatan pelajar,” katanya lagi.

Sapawi berkata Yayasan Sabah tidak mengabaikan kebajikan dan kepentingan pelajar tajaannya di negaara tersebut dan akan melakukan apa juga usaha yang terbaik untuk kesemua pelajarnya.

Menurutnya usaha yang dilakukan oleh Yayasan Sabah adalah untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada pelajar agar mereka memfokuskan dan komited kepada pelajaran masing-masing dan berusaha mencapai kejayaan dan juga kecemerlangan.

Sehubungan dengan itu Sapawi berharap pelajar tajaan Yayasan Sabah tidak akan terpengaruh dengan usaha pelbagai pihak yang cuba mempergunakan mereka.

Katanya golongan pelajar perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dan tidak mudah mempercayai apa yang disebarkan dalam media sosial.

“Pihak tertentu menggunakan media sosial seperti Facebook, blog dan sebagainya untuk mempengaruhi golongan pelajar…apa yang disebarkan adalah dakyah dan tidak harus mudah untuk dipercayai,” ujarnya. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan