Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Periksa sayur Jong-un guna mikroskop

GAMBAR fail menunjukkan Kim Jong-un (membongkok) memeriksa hasil pertanian.
GAMBAR fail menunjukkan Kim Jong-un (membongkok) memeriksa hasil pertanian.

Pyongyang: Kerana bimbang diracun, diktator Korea Utara Kim Jong-un mengarahkan setiap helai daun salad yang disajikan kepadanya diperiksa secara teliti.

Pihak berkuasa tertinggi negara itu kini memeriksa semua sayur yang ditanam di ladang Jong-un, ‘6.17,’ menggunakan mikroskop sebelum disajikan kepadanya.

Sumber di Pyongyang mendedahkan, proses pemeriksaan semakin rumit selepas khabar angin menyatakan Jong-un, 32, semakin fobia dengan sayur yang dihidangkan untuknya,

“Sayur yang dipilih secara teliti diperiksa oleh unit yang ditetapkan setiap hari sebelum pemeriksaan terakhir dilakukan.

“Mikroskop digunakan untuk mengesan racun, toksin dan elemen berbabaya lain. Hasil tanaman itu tidak diperiksa di peringkat ladang saja. Ia akan dibawa ke Biro Pengiring untuk mendapatkan ‘lampu hijau’ sebelum disajikan kepada pemimpin itu,” kata sumber itu kepada akhbar Daily NK yang berpejabat di Korea Selatan

Selain itu, mereka yang ada ‘songbun,’ hubungan keluargaan dan setia kepada parti Komunis yang memerintah Korea Utara saja dibenar menjadi pegawai ladang dan mereka perlu lulus menjadi doktor sebelum itu.

“Pegawai ladang ialah penduduk Pyongyang yang mempunyai ‘songbun’ dan status serta lulusan dari Universiti Perubatan Pyongyang. Mereka mengambil masa beberapa minit untuk memeriksa sehelah daun salad,” kata sumber itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan