Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perikhidmatan pengangkutan awam di kawasan pedalaman dipertingkatkan

9:56pm 15/04/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 157 views Keningau,Tempatan

KENINGAU: Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bercadang akan mengwujudkan cawangan pejabat pentadbirannya di sini bagi meningkatkan perkhidmatannya kepada para pengusaha pengangkutan awam di kawasan Pedalaman.

Pengerusinya, Datuk Raime Unggi berkata, pengwujudan cawangan pejabat LPKP di daerah ini adalah perlu kerana ia adalah satu keperluan bagi penduduk di kawasan Pedalaman khususnya bagi pengusaha kenderaan pengangkuatan awam untuk menjalankan urusan mereka.

Katanya, dengan adanya cawangan pejabat itu nanti dapat memudahkan disamping memendekkan masa dan mengurangkan kos apabila pengusaha pengangkutan teksi dan bas serta kenderaan berat sekitar pedalaman untuk berurusan dengan pihak LPKP berbanding sebelum ini yang memakan masa dan memerlukan kos yang tinggi kerana mereka terpaksa berurusan ke Kota Kinabalu.

Raime yang juga Ahli Parlimen Tenom berkata demikian ketika berucap dalam sesi dialog bersama pengerusi-pengerusi persatuan teksi dan bas bahagian Pedalaman yang diadakan di salah sebuah hote di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sudah sampai masanya perkhidmatan LPKP ditingkatkan kerana pengusaha pengangkutan di kawasan Pedalaman semakin bertambah kerana kini ia menjadi laluan antara beberapa daerah di negeri ini.-Oleh KALAWON SAWING/SayangSabah

 Para pengusaha pengangkutan yang hadir pada majlis itu.

Para pengusaha pengangkutan yang hadir pada majlis itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan