Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Peribahasa, cerita jenaka’ Sabah dibukukan

Dr.Low (lima dari kanan) menyerahkan buku terbitan UMS kepada Maria.
Dr.Low (lima dari kanan) menyerahkan buku terbitan UMS kepada Maria.

KOTA KINABALU – Usaha pengumpulan bahan dan penyiapan buku koleksi warisan peribumi Sabah, peribahasa dan cerita jenaka perlu diteruskan bagi membolehkan ia terus kekal dan dikenali oleh generasi akan datang.

Ketua Unit Penyelidikan Warisan Borneo, Prof. Madya Dr. Low Kok On berkata, penghasilan buku-buku berkenaan wajar diperbanyakan untuk tujuan rujukan umum khususnya di peringkat institut pengajian tinggi dan sekolah.

“Saya berharap dengan adanya buku ini, bukan sahaja dapat memperbanyakkan koleksi warisan peribumi Sabah akan menjadi dorongan kepada para penulis menghasilkan lebih banyak buku seperti ini,” katanya kepada pemberita dalam majlis penyerahan buku Teka Teki Warisan Peribumi Sabah Terpilh dan Dokumentasi Teka-Teki, Peribahasa dan Cerita Jenaka Lisan Orang Kadazandusun, Murut, Bajau dan Melayu Brunei kepada Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) di Ibu Pejabat PNS, di sini hari ini.

Dua buah buku berkaitan warisan peribumi Sabah terbitan Unit Penyelidikan Warisan Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS) disumbangkan kepada PNS dan ia disimpan di perpustakaan dan rangkaian perpustakaan negeri Sabah serta perpustakaan institut-institut pengajian tinggi untuk rujukan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan) PNS, Maria Sinti dan salah seorang penulis buku itu, Rosliah Kiting.

Dr.Low berkata, kerja-kerja pengumpulan bahan dan penyiapan kedua-dua buku itu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun menggunakan geran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

“Kita berharap melalui penerbitan buku ini, teka teki peribumi Sabah, peribahasa dan cerita jenaka akan dikenali dan dihayati semua lapisan masyarakat,” katanya.

Buku Teka Teki Warisan Peribumi Sabah, Terpilih yang tulis oleh Dr.Low, Janatan Kandok, Rosliah Kiting, Sim Chee Cheang dan Saidatul Nornis, memuatkan hasil kerja lapangan mengumpul teka teki etnik Kadazandusun, Murut dan Bajau di Sabah.

Manakala buku bertajuk Dokumentasi Teka-Teki, Peribahasa dan Cerita Jenaka Lisan orang Kadazandusun, Murut, Bajau dan Melayu Brunei ditulis oleh Dr.Low, Saidatul Nornis Mahali, Rosliah Kiting, Sim Chee Cheang, Awang Asri Awang Ibrahim dan Esterlina Moo Chin Len Lazarus.

Kumpulan penulis buku ini membuat kerja lapangan di beberapa daerah di negeri ini termasuk di Kudat, Kota Marudu, Keningau, Tambunan, Tamparuli dan Ranau. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan