Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perhimpunan Haram Di KL Hambar, Tak Sampai 100 Hadir

Akibat daripada himpunan haram #Tangkap Najib yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kebanyakkan kedai terpaksa ditutup sementara sebagai langkah keselamatan di hadapan pusat membeli belah Sogo, hari ini. - Foto BERNAMA
Akibat daripada himpunan haram #Tangkap Najib yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kebanyakkan kedai terpaksa ditutup sementara sebagai langkah keselamatan di hadapan pusat membeli belah Sogo, hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Perhimpunan haram yang dianjurkan beberapa kumpulan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara hari ini bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, gagal mendapat sambutan.

Tinjauan Bernama mendapati hanya kurang 100 orang peserta berbaju hitam yang mula berkumpul di hadapan kompleks beli-belah itu di Jalan Tuanku Abdul Rahmankira-kira 1.30 tengah hari.

Polis berjaya mengawal keadaan dan perhimpunan disuraikan pada 2.45 petang dengan kira-kira 20 orang ditahan, dipercayai disebabkan tidak mengendahkan amaran agar bersurai.

Walaupun peserta perhimpunan telah bersurai, anggota polis terus ditempatkandi kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan.

Kompleks beli-belah dan beberapa kedai sekitar yang ditutup seketika sebelumitu, kembali dibuka pada pukul 3.30 petang. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan